Tuesday, September 7, 2010

JANGAN TAK MANDI!

Berapa lama masa anda ambil untuk mandi? 2 minit, 15 minit,setengah jam, satu jam? tidak kiralah berapa lama tempoh mandi anda, ia merupakan rutin harian yang biasa untuk menjadikan penampilan bersih dan segar sepanjang hari. paling penting hilangkan bau badan yang meloyakan. tahukah anda bagaimana mandi yang sempurna?

TIP LELAKI BUJANG
1- Mandi dan bersihkan tubuh anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan produk sesuai untuk tubuh. gunakan sabun mandian beraroma.

2- Gunakan span mandian atau lufah untuk menanggalkan sel kulit mati serta membersihkan kulit dengan lebih cepat.

3- Jangan lupa untuk bersihkan bahagian belakang telinga, tengkuk dan celah kaki. bersihkan juga bahagian ketiak kerana bakteria lebih banyak berkumpul di bahagian ini.

4- Sekiranya anda mempuyai masalah kulit kering, elak menggunakan sabun berbuih banyak.sapukan losyen badan selepas mandi.

5- Keringkan badan anda dengan sempurna. kemudian gunakan produk seperti pewangi dan deodoran antipeluh untuk mengelak terjadinya bau badan.

6- Pakai pakaian yang kering dan sesuai dengan fizikal anda.

Monday, September 6, 2010

Awas 10 sebab Sperma Lemah

Sperma lemah? bagaimana terjadi? Tahukah anda sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berfungsi sebagai sperma yang aktif? ia terjadi disebabkan beberapa faktor. 'Overheat' atau kepanasan melampau dilihat sebagai faktor utama sperma boleh menjadi lemah.

BERIKUT 10 TABIAT YANG MESTI ANDA ELAK BAGI MEMASTIKAN SPERMA ANDA KEMBALI AKTIF DAN NORMAL.

1-KEPANASAN MELAMPAU
Kebiasaannya testis (buah zakar) manusia akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam badan. lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk memunyai sperma yang lemah.

2-MANDI AIR PANAS
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. jangkamasa 30 minit berada di dalam jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma anda. jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama di dalamnya.

3-SUHU BADAN TINGGI
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. berdasarkan kajian yang dilakukan pada 2003, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat daripada suhu badan yang tinggi.

4-KOMPUTER RIBA
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan Laptop akan meningkatkan suhu Skrotum sehingga mampu mencapai 35 darjah celsius. Ia akan memudaratkan sperma. Jadi pastikan Laptop anda tidak diletakkan di atas peha terlalu lama.

5-PEMILIHAN SELUAR DALAM
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberi kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah dikawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

6-PEMBESARAN PEMBULUH DARAH
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami pengeluaran jumlah sperma yang rendah.

7-TELEFON BIMBIT
Radiasi dari telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin anda.

8-OBESITI
Obesiti dikalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual dan ketidaksuburan  sistem reproduksi.

9-AMALAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Elak dari mengambil bahan seperti tembakau, alkohol dan ganja berlebihan kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma.

10-MASALAH LAIN
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

kenapa daging babi itu diharamkan dalam islam ?

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

Kemampuan melihat Petanda Maha Pencipta

Dalam masyarakat hari ini, manusia menelusuri Al-Quran dengan cara yang amat berbeza daripada maksud sebenar penurunannya. dalam dunia Islam secara umumnya, sangat sedikit manusia yang benar-benar memahami isi kandungan Al-Quran.

Setengah golongan Muslim hanya menggantung Al-Quran di dinding rumah dengan segala macam bentuk hiasan yang menarik dan ia hanya menjadi bacaan tradisi bagi golongan yang telah berumur. Mereka menganggap bahawa Al-Quran melindungi orang yang membacanya daripada 'nasib buruk dan malapetaka'. berdasarkan kepada kepercayaan khurafat ini, mereka menganggap Al-Quran sebagai sejenis azimat yang mampu menolak bencana.

Ayat-ayat suci Al-Quran, bagaimanapun, telah memaklumkan bahawa tujuan Al-Quran diwahyukan adalah bebas dan jauh daripada tanggapan seumpama ini. sebagai contoh, dalam ayat ke 52 surah Ibrahim, Allah S.W.T berfirman (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah ialah tuhan yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. Dalam banyak ayat, tuhan menekankan bahawa satu dari tujuan besar wahyu Al-quran ialah mengajak manusia untuk memanfaatkan kemampuan berfikir.

Dalam Al-Quran, Allah menyeru manusia menolak untuk menerima kepercayaan dan pelbagai amalan secara membabi buta serta memikirkan akan penyelewengan, pantang larang dan larangan melalui dengan anugerah akal fikiran mereka.

Manusia harus memikirkan akan maksud kewujudannya ke alam dunia serta maksud penciptaan seluruh alam semesta, saat kematian dan alam barzakh. Mereka harus mempersoalkan maksud penciptaannya sendiri dan kewujudan seluruh alam semesta dan bagaimana ia terus wujud. Dalam melakukan hal ini, membebaskan dirinya dari sebarang pantang larang dan sifat prejudis di bawah sedar amatlah penting.

Sewaktu berta'amul, dengan mengalihkan tumpuan fungsi sedarnya dari segala taggungjawab sosial, ideologi, dan psikologi, akhirnya akan difahami bahawa seluruh alam semesta termasuk dirinya sendiri adalah merupakan hasil ciptaan suatu Kuasa yang maha hebat. Bahkan dengan memerhati dirinya sendiri atau benda lain yang wujud di dalam alam, ia akan melihat suatu keseimbangan menarik, suatu perancangan dan hikmah disebalik peranan yang dimainkan dalam keindahan rekabentuknya.

Di titik ini sekali lagi, Al-Quran adalah merupakan panduan manusia. Di dalam Kitab Suci-Nya, Allah S.W.T memandu manusia untuk merenung beberapa isu yang penting untuk difikirkan dan diselidiki. Melalui metode refleksi dan pemusatan akal yang diisyaratkan di dalam Al-quran, golongan beriman akan memahami dengan jelas kesempurnaan, kebijaksanaan, pengetahuan dan kekuasaan yang menjadi manifestasi dalam seluruh ciptaanNya. dengan berlandaskan metode yang telah disebutkan di dalam Al-Quran, mereka tidak dapat tidak, pasti akan menyimpulkan bahawa seluruh alam semesta adalah merupakan tanda-tanda kekuasaan dan kesenian Allah S.W.T dan bahawa alam semesta adalah merupakan sebuah hasil kesenian, bukanlah seniman itu sendiri.  Setiap hasil kesenian mempamerkan kemahiran unik individu yang menciptannya dan sekali gus menyampaikan mesejnya yang tersirat.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T mengajak manusia yang ingin memanfaatkan akal fikiran untuk merenung tentang isu yang sering diperlekehkan atau disingkirkan dengan menggunakan pelbagai macam istilah kosong dan samar seperti 'evolusi', 'kebetulan', atau 'keajaiban' semulajadi'.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (surah Ali-Imran: 190-191)