Friday, September 24, 2010

DOA MUSTAJAB ATAU TERHIJAB

Tidak kira samada doa itu dalam keadaan tedesak  atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: "Berdoalah kepadaKu nescaya Aku (Allah) aka perkenankan". (Surah Ghafir 40 : 60)

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "sesungguhnya tuhanmu  yang maha suci lagi maha tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi olehNya  akan permintaan itu". (riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat pemurah dan pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah cara kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu.

Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
"Allah s.w.t murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya Sebaliknya manusia murka apabila engkau sering minta kepadanya."

Berdoa adalah satu langkah yang produktif. Bahkan menurut ulama tasawuf, apabila Allah telah meringankan lidah seseorang hambaNya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ata'illah: "Tatkala Allah membuka mulut anda dengan bermohon kepadaNya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan."

Yakinlah apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak untuk memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Bukan mudah bagi seorang hamba Allah menggerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepadaNya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya tidak ramai dalam kalangan kita yang mengetahui hakikat ini. Firman Allah yang bermaksud:
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan   kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan (yang lain)? terlalu sedikit kamu mengingatiNya." (surah al-Naml 27 : 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (ariff billah) dapat merasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu.

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hambaNya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan didunia dan akhirat)." Riwayat al-Tirmizi no. 3548

Jelas disini, doa uang dimaksudkan itu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.

Tuesday, September 21, 2010

10 JENIS MAKANAN BEBAS KOLESTROL

1 SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan khasiat soya. Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Soya juga kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu dalam memecah lemak. Selain itu soya juga membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2 KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus mengehadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti daripada jenis labu atau daripada bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3 BUAH KERING
Terdapat pelbagai jenis buah kering. Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam daun teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4 EPAL
Dengan hanya memakan sebiji epal hijau atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang makan makanan segera dan kemudian makan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak berlebihan dalam badan.

5 IKAN TUNA
Teramasuk dalam sumber asid lemak Omega-3 yang popular, selain Salmon dan Makarel. Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol.

6 KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7 MANGGA
Selain buah oren, kandungan vitamin C yang tinggi juga boleh didapati dalam buah mangga. Vitamin C umumnya berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8 KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan mengambil 400 kalori kismis setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9 OAT
Kebanyakan kajian saintifik yang dilakukan telah menunjukkan bahawa pengambilan Oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam Oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10 JAMBU BATU
Pengambilan jambu batu dalam jumlah kira-kira 400 gm sehari mampu menurunkan kadar kadar kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.     

Monday, September 20, 2010

Shaitan :- " Forget About Your Mother "

8 TIP KEKALKAN HUBUNGAN BERSAMA RAKAN SEKERJA

Dalam setiap bidang pekerjaan yang anda ceburi, hubungan dengan teman sekerja tidak harus diabaikan. Selain diri sendiri, mereka juga akan memberikan impak terhadap 'mood' bekerja. Jika hubungan itu baik, maka eloklah 'mood' kerja. Namun disebaliknya, ia boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang. Tip berikut diharap dapat membantu anda menjalinkan hubungan baik sesama rakan sekerja.

1 TUNJUKKAN RASA HORMAT
Saling menghormati adalah kunci kepada setiap hubungan. Bukan sahaja dalam hubungan percintaanmalah dalam hubungan sesama rakan sekerja juga penting. Berikan komitmen yang terbaik dalam kerja yang menuntut anda untuk bekerja dalam kumpulan. Hormati juga segala pendapat dan pendirian rakan sekerja anda.

2 LAKUKAN AKTIVITI LUAR PEJABAT BERSAMA
Bersosial diluar waktu bekerja juga adalah cara paling efektifdalam mengeratkan hubungan dengan teman sekerja. Anda mungkin boleh melakukan aktiviti hujung minggu seperti menonton wayang bersama atau mungkin boleh menghadiri majlis yang dianjurkan rakan sebaya kerana dengan cara ini perlahan-lahan hubungan yang ada boleh menjadi lebih baik dan mesra.

3 BERKONGSI MINAT YANG SAMA
Dari perbualan kecil pasti anda akan lebih mengenal rakan sekerja melalui minat dan kecenderungan mereka. Kongsi minat dan kebolehan anda bersama, mana tahu mereka juga mempunyai kecenderungan yang sama. Hal ini pasti dapat mengeratkan hubungan dan pada masa yang sama dapat mengembangkan lagi minat kalian.

4 BERI TUNJUK AJAR
Jika anda adalah ketua atau senior di dalam organisasi, pastikan anda tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada orang dibawah anda yang baharu memulakan tugas atau memerlukan bantuan. Dengan cara ini anda lebih mudah didekati dan dihormati oleh rakan sekerja yang lain.

5 ELAK GOSIP
Jika anda terdengar sesuatu  yang tidak elok tentang rakan sekerja anda, elakkan diri dari menjadi pembawa mulut. Elak juga daripada berkongsi cerita yang anda tidak tahu akan kesahihannya. Pada masa yang sama jika ada perkara yang membuat anda tidak puas hati dengan rakan sekerja, berterus terang adalah jalan terbaik daripada bercerita tentang ketidakpuasan hati anda kepada orang lain.

6 BERTOLERANSI
Lumrah manusia dilahirkan dengan ketidaksempurnaan, toleransi adalah jalan terbaik dalam mencapai keputusan. Tidak semua dilahirkan untuk memahami orang lain atau dapat melakukan sebaik orang lain namun melalui perincangan, kata sepakat pasti dapat dicapai. Elak juga daripada mencari kesilapan orang lain kerana kerja sama dalam pasukan pasti akan membuat situasi kerja menjadi lebih baik dan sempurna.

7 SALING BERTUKAR PENDAPAT
Alternatif lain untuk merapatkan hubungan dengan rakan sekerja ialah dengan meminta pendapat mereka. Setiap individu mempunyai pendapat berbeza tentang sesuatu isu. Dengan berkongsi pendapat, pasti anda akan peroleh pendapat dari sudut berbeza yang mungkin mampu meningkatkan lagi pemahaman anda tentang sesuatu isu atau mungkin juga dapat mempertingkatkan prestasi kerja. Dengan adanya kerjasama ini, secara perlahan-lahan hubungan yang terjalin akan menjadi lebih baik.

8 ELAK TUNJUK PANDAI
Bagi yang baru mengenali rakan sekerja lain, elakkan diri daripada berlagak pandai di awal perkenalan. Gunakan momen yang ada untuk lebih memahami seseorang. Jangan pula anda menjolok 'sarang tebuan' kerana hubungan bukan sahaja akan bertambah renggang bahkan mampu mencetuskan pergaduhan. Anda mungkin mempunyai pendirian sendiri namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.  

Friday, September 17, 2010

5 TANDA ANDA SIHAT

Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung adalah antara penyakit yang sering dikaitkan dengan lelaki di Malaysia. Kesibukan kerja dan tiada masa sering menjadi alasan utama untuk kita tidak mengambil serius akan tahap kesihatan. Namun tahukah anda terdapat beberapa cara bagi memeriksa kesihatan anda dengan hanya melakukannya di rumah. 

1 KUKU ANDA KELIHATAN MERAH JAMBU
Kuku adalah bahagian tubuh manusia yang paling kurang diberi perhatian oleh lelaki. Namun tahukan anda kuku yang bersih juga mampu memberi anggapan pertama oleh wanita tentang kebersihan diri anda. selalunya warna kuku yang sihat akan kelihatan merah jambu dan lembut. Lebihan kulit di tepi kuku selalunya berkaitan dengan penyakit pernafasan iaitu bronchitis kronik.

2 AIR KENCING WARNA KUNING CAIR
Pernah terfikir untuk memeriksa air kencing anda? Jika tidak, sudah tiba masa untuk lakukannya kerana melalui air kencing juga mampu memeriksa tahap kesihatan anda. Warna kuning cair adalah warna air kencing yang normal. Namun ia bergantung kepada jumlah air yang anda minum setiap hari. Jika anda dihidrat selalunya air kencing akan berwarna lebih gelap daripada biasa. Jadi pengambilan air putih mengikut skala yang tepat dapat membantu sistem air kencing anda menjadi lebih baik. Jika anda menghadapi situasi seperti air kencing berbau dan perubahan warna ketara yang tidak berkaitan dengan pemakanan atau ubat-ubatan yang diambil, langkah berjaga-jaga harus diambil perhatian.

3 KADAR EJAKULASI BERSAMAAN SATU SUDU MAKAN
Kadar semen (air mani) yang normal bagi seorang lelaki pertengahan umur biasanya diantara 2 sehingga 5 ml. Namun ia juga bergantung kepada tahap kesihatan dan usia seseorang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) mendapati sekiranya kadar semen kurang daripada 2 ml akan mengakibatkan hypospermia iaitu keadaan yang mengganggu kesuburan lelaki.

4 KADAR DENYUT NADI (RHR) TIDAK KURANG 70BPM
Kadar denyut nadi atau resting heart rate (RHR) normal bagi seseorang adalah di antara 70 - 75 detik per minit (bpm). Namun, tahap RHR di antara 70 - 100 bpm masih dianggap normal untuk golongan dewasa. Kadar detik nadi yang diluar tahap ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Cara mudah untuk anda mengetahui tahap denyut nadi anda adalah dengan meletakkan kedua ibu jari anda dipergelangan tangan. Ambil jam dan rasakan denyut nadi sehingga 15 saat. Darabkan kadar denyut nadi dalam masa 15 saat tersebut dengan 4 untuk mendapatkan purata denyut nadi anda.

5 MEMILIKI KULIT YANG SIHAT
Tahap kesihatan kulit manusia sebenarnya bergantung kepada tahap hidrasi dalam badan. kandungan air yang cukup dalam badan membantu anda memiliki kulit yang sihat. Jika anda sering mengalami diarrhea dan muntah yang kerap, peluang untuk kehilangan air dalam badan adalah tinggi. Jadi pastikan anda menggantikan kembali air yang telah banyak hilang tadi.   

Wednesday, September 8, 2010

PENTINGNYA WAJAH BERSIH DAN SIHAT

Ramai yang tahu akan kepentingan menjaga kulit wajah. namun tidak semua tahu rawatan  dan penjagaan wajah yang sempurna. tidak hairan selalu sahaja berlaku tersalah menggunakan produk. Anda perlu ingat, setiap orang mempunyai jenis kulit berbeza untuk produk wajah berbeza. Sekiranya anda mengalami masalah kulit wajah, atasinya segera. Wajah adalah aset utama dalam penampilan.

TIP LELAKI BUJANG
1- Lakukan rawatan dan penjagaan wajah dengan tiga langkah asas iaitu mencuci,menyegar dan melembab. pilih dan guna produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda. Elak menggunakan pencuci jenis buih jika kulit anda kering.

2- Sebaik-baiknya cuci dan bilas wajah anda dengan air bersih 3 kali sehari. Ia bertujuan menanggalkan kotoran dan sel kulit mati yang terlekat dan tersumbat.

3- Anda disarankan juga melakukan proses pengelupasan kulit menggunakan skrup 2 kali seminggu. Proses ini bukan sahaja menanggalkan sel kulit mati tetapi mencerahkan dan melembutkan kulit wajah.

4- Wajah yang dicuci menggunakan air suam dapat menanggalkan kotoran dan membuka pori-pori tersumbat pada kulit agar tidak timbulnya jerawat.

5- Lakukan rawatan facial sekali sebulan (jika berkemampuan) di pusat rawatan wajah untuk memastikan kulit wajah anda sentiasa sihat.  

KEUTAMAAN BERDOA

Hadis Kudsi

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang bermohon kepada-Ku maka Aku penuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya'. Riwayat Al-Bukhari

Tuesday, September 7, 2010

JANGAN TAK MANDI!

Berapa lama masa anda ambil untuk mandi? 2 minit, 15 minit,setengah jam, satu jam? tidak kiralah berapa lama tempoh mandi anda, ia merupakan rutin harian yang biasa untuk menjadikan penampilan bersih dan segar sepanjang hari. paling penting hilangkan bau badan yang meloyakan. tahukah anda bagaimana mandi yang sempurna?

TIP LELAKI BUJANG
1- Mandi dan bersihkan tubuh anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan produk sesuai untuk tubuh. gunakan sabun mandian beraroma.

2- Gunakan span mandian atau lufah untuk menanggalkan sel kulit mati serta membersihkan kulit dengan lebih cepat.

3- Jangan lupa untuk bersihkan bahagian belakang telinga, tengkuk dan celah kaki. bersihkan juga bahagian ketiak kerana bakteria lebih banyak berkumpul di bahagian ini.

4- Sekiranya anda mempuyai masalah kulit kering, elak menggunakan sabun berbuih banyak.sapukan losyen badan selepas mandi.

5- Keringkan badan anda dengan sempurna. kemudian gunakan produk seperti pewangi dan deodoran antipeluh untuk mengelak terjadinya bau badan.

6- Pakai pakaian yang kering dan sesuai dengan fizikal anda.

Monday, September 6, 2010

Awas 10 sebab Sperma Lemah

Sperma lemah? bagaimana terjadi? Tahukah anda sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berfungsi sebagai sperma yang aktif? ia terjadi disebabkan beberapa faktor. 'Overheat' atau kepanasan melampau dilihat sebagai faktor utama sperma boleh menjadi lemah.

BERIKUT 10 TABIAT YANG MESTI ANDA ELAK BAGI MEMASTIKAN SPERMA ANDA KEMBALI AKTIF DAN NORMAL.

1-KEPANASAN MELAMPAU
Kebiasaannya testis (buah zakar) manusia akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam badan. lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk memunyai sperma yang lemah.

2-MANDI AIR PANAS
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. jangkamasa 30 minit berada di dalam jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma anda. jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama di dalamnya.

3-SUHU BADAN TINGGI
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. berdasarkan kajian yang dilakukan pada 2003, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat daripada suhu badan yang tinggi.

4-KOMPUTER RIBA
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan Laptop akan meningkatkan suhu Skrotum sehingga mampu mencapai 35 darjah celsius. Ia akan memudaratkan sperma. Jadi pastikan Laptop anda tidak diletakkan di atas peha terlalu lama.

5-PEMILIHAN SELUAR DALAM
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberi kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah dikawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

6-PEMBESARAN PEMBULUH DARAH
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami pengeluaran jumlah sperma yang rendah.

7-TELEFON BIMBIT
Radiasi dari telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin anda.

8-OBESITI
Obesiti dikalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual dan ketidaksuburan  sistem reproduksi.

9-AMALAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Elak dari mengambil bahan seperti tembakau, alkohol dan ganja berlebihan kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma.

10-MASALAH LAIN
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

kenapa daging babi itu diharamkan dalam islam ?

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

Kemampuan melihat Petanda Maha Pencipta

Dalam masyarakat hari ini, manusia menelusuri Al-Quran dengan cara yang amat berbeza daripada maksud sebenar penurunannya. dalam dunia Islam secara umumnya, sangat sedikit manusia yang benar-benar memahami isi kandungan Al-Quran.

Setengah golongan Muslim hanya menggantung Al-Quran di dinding rumah dengan segala macam bentuk hiasan yang menarik dan ia hanya menjadi bacaan tradisi bagi golongan yang telah berumur. Mereka menganggap bahawa Al-Quran melindungi orang yang membacanya daripada 'nasib buruk dan malapetaka'. berdasarkan kepada kepercayaan khurafat ini, mereka menganggap Al-Quran sebagai sejenis azimat yang mampu menolak bencana.

Ayat-ayat suci Al-Quran, bagaimanapun, telah memaklumkan bahawa tujuan Al-Quran diwahyukan adalah bebas dan jauh daripada tanggapan seumpama ini. sebagai contoh, dalam ayat ke 52 surah Ibrahim, Allah S.W.T berfirman (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah ialah tuhan yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. Dalam banyak ayat, tuhan menekankan bahawa satu dari tujuan besar wahyu Al-quran ialah mengajak manusia untuk memanfaatkan kemampuan berfikir.

Dalam Al-Quran, Allah menyeru manusia menolak untuk menerima kepercayaan dan pelbagai amalan secara membabi buta serta memikirkan akan penyelewengan, pantang larang dan larangan melalui dengan anugerah akal fikiran mereka.

Manusia harus memikirkan akan maksud kewujudannya ke alam dunia serta maksud penciptaan seluruh alam semesta, saat kematian dan alam barzakh. Mereka harus mempersoalkan maksud penciptaannya sendiri dan kewujudan seluruh alam semesta dan bagaimana ia terus wujud. Dalam melakukan hal ini, membebaskan dirinya dari sebarang pantang larang dan sifat prejudis di bawah sedar amatlah penting.

Sewaktu berta'amul, dengan mengalihkan tumpuan fungsi sedarnya dari segala taggungjawab sosial, ideologi, dan psikologi, akhirnya akan difahami bahawa seluruh alam semesta termasuk dirinya sendiri adalah merupakan hasil ciptaan suatu Kuasa yang maha hebat. Bahkan dengan memerhati dirinya sendiri atau benda lain yang wujud di dalam alam, ia akan melihat suatu keseimbangan menarik, suatu perancangan dan hikmah disebalik peranan yang dimainkan dalam keindahan rekabentuknya.

Di titik ini sekali lagi, Al-Quran adalah merupakan panduan manusia. Di dalam Kitab Suci-Nya, Allah S.W.T memandu manusia untuk merenung beberapa isu yang penting untuk difikirkan dan diselidiki. Melalui metode refleksi dan pemusatan akal yang diisyaratkan di dalam Al-quran, golongan beriman akan memahami dengan jelas kesempurnaan, kebijaksanaan, pengetahuan dan kekuasaan yang menjadi manifestasi dalam seluruh ciptaanNya. dengan berlandaskan metode yang telah disebutkan di dalam Al-Quran, mereka tidak dapat tidak, pasti akan menyimpulkan bahawa seluruh alam semesta adalah merupakan tanda-tanda kekuasaan dan kesenian Allah S.W.T dan bahawa alam semesta adalah merupakan sebuah hasil kesenian, bukanlah seniman itu sendiri.  Setiap hasil kesenian mempamerkan kemahiran unik individu yang menciptannya dan sekali gus menyampaikan mesejnya yang tersirat.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T mengajak manusia yang ingin memanfaatkan akal fikiran untuk merenung tentang isu yang sering diperlekehkan atau disingkirkan dengan menggunakan pelbagai macam istilah kosong dan samar seperti 'evolusi', 'kebetulan', atau 'keajaiban' semulajadi'.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (surah Ali-Imran: 190-191)