Tuesday, September 21, 2010

10 JENIS MAKANAN BEBAS KOLESTROL

1 SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan khasiat soya. Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Soya juga kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu dalam memecah lemak. Selain itu soya juga membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2 KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus mengehadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti daripada jenis labu atau daripada bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3 BUAH KERING
Terdapat pelbagai jenis buah kering. Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam daun teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4 EPAL
Dengan hanya memakan sebiji epal hijau atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang makan makanan segera dan kemudian makan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak berlebihan dalam badan.

5 IKAN TUNA
Teramasuk dalam sumber asid lemak Omega-3 yang popular, selain Salmon dan Makarel. Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol.

6 KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7 MANGGA
Selain buah oren, kandungan vitamin C yang tinggi juga boleh didapati dalam buah mangga. Vitamin C umumnya berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8 KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan mengambil 400 kalori kismis setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9 OAT
Kebanyakan kajian saintifik yang dilakukan telah menunjukkan bahawa pengambilan Oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam Oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10 JAMBU BATU
Pengambilan jambu batu dalam jumlah kira-kira 400 gm sehari mampu menurunkan kadar kadar kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.     

No comments:

Post a Comment