Friday, September 17, 2010

5 TANDA ANDA SIHAT

Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung adalah antara penyakit yang sering dikaitkan dengan lelaki di Malaysia. Kesibukan kerja dan tiada masa sering menjadi alasan utama untuk kita tidak mengambil serius akan tahap kesihatan. Namun tahukah anda terdapat beberapa cara bagi memeriksa kesihatan anda dengan hanya melakukannya di rumah. 

1 KUKU ANDA KELIHATAN MERAH JAMBU
Kuku adalah bahagian tubuh manusia yang paling kurang diberi perhatian oleh lelaki. Namun tahukan anda kuku yang bersih juga mampu memberi anggapan pertama oleh wanita tentang kebersihan diri anda. selalunya warna kuku yang sihat akan kelihatan merah jambu dan lembut. Lebihan kulit di tepi kuku selalunya berkaitan dengan penyakit pernafasan iaitu bronchitis kronik.

2 AIR KENCING WARNA KUNING CAIR
Pernah terfikir untuk memeriksa air kencing anda? Jika tidak, sudah tiba masa untuk lakukannya kerana melalui air kencing juga mampu memeriksa tahap kesihatan anda. Warna kuning cair adalah warna air kencing yang normal. Namun ia bergantung kepada jumlah air yang anda minum setiap hari. Jika anda dihidrat selalunya air kencing akan berwarna lebih gelap daripada biasa. Jadi pengambilan air putih mengikut skala yang tepat dapat membantu sistem air kencing anda menjadi lebih baik. Jika anda menghadapi situasi seperti air kencing berbau dan perubahan warna ketara yang tidak berkaitan dengan pemakanan atau ubat-ubatan yang diambil, langkah berjaga-jaga harus diambil perhatian.

3 KADAR EJAKULASI BERSAMAAN SATU SUDU MAKAN
Kadar semen (air mani) yang normal bagi seorang lelaki pertengahan umur biasanya diantara 2 sehingga 5 ml. Namun ia juga bergantung kepada tahap kesihatan dan usia seseorang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) mendapati sekiranya kadar semen kurang daripada 2 ml akan mengakibatkan hypospermia iaitu keadaan yang mengganggu kesuburan lelaki.

4 KADAR DENYUT NADI (RHR) TIDAK KURANG 70BPM
Kadar denyut nadi atau resting heart rate (RHR) normal bagi seseorang adalah di antara 70 - 75 detik per minit (bpm). Namun, tahap RHR di antara 70 - 100 bpm masih dianggap normal untuk golongan dewasa. Kadar detik nadi yang diluar tahap ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Cara mudah untuk anda mengetahui tahap denyut nadi anda adalah dengan meletakkan kedua ibu jari anda dipergelangan tangan. Ambil jam dan rasakan denyut nadi sehingga 15 saat. Darabkan kadar denyut nadi dalam masa 15 saat tersebut dengan 4 untuk mendapatkan purata denyut nadi anda.

5 MEMILIKI KULIT YANG SIHAT
Tahap kesihatan kulit manusia sebenarnya bergantung kepada tahap hidrasi dalam badan. kandungan air yang cukup dalam badan membantu anda memiliki kulit yang sihat. Jika anda sering mengalami diarrhea dan muntah yang kerap, peluang untuk kehilangan air dalam badan adalah tinggi. Jadi pastikan anda menggantikan kembali air yang telah banyak hilang tadi.   

No comments:

Post a Comment