Monday, September 6, 2010

Awas 10 sebab Sperma Lemah

Sperma lemah? bagaimana terjadi? Tahukah anda sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berfungsi sebagai sperma yang aktif? ia terjadi disebabkan beberapa faktor. 'Overheat' atau kepanasan melampau dilihat sebagai faktor utama sperma boleh menjadi lemah.

BERIKUT 10 TABIAT YANG MESTI ANDA ELAK BAGI MEMASTIKAN SPERMA ANDA KEMBALI AKTIF DAN NORMAL.

1-KEPANASAN MELAMPAU
Kebiasaannya testis (buah zakar) manusia akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam badan. lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk memunyai sperma yang lemah.

2-MANDI AIR PANAS
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. jangkamasa 30 minit berada di dalam jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma anda. jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama di dalamnya.

3-SUHU BADAN TINGGI
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. berdasarkan kajian yang dilakukan pada 2003, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat daripada suhu badan yang tinggi.

4-KOMPUTER RIBA
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan Laptop akan meningkatkan suhu Skrotum sehingga mampu mencapai 35 darjah celsius. Ia akan memudaratkan sperma. Jadi pastikan Laptop anda tidak diletakkan di atas peha terlalu lama.

5-PEMILIHAN SELUAR DALAM
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberi kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah dikawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

6-PEMBESARAN PEMBULUH DARAH
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami pengeluaran jumlah sperma yang rendah.

7-TELEFON BIMBIT
Radiasi dari telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin anda.

8-OBESITI
Obesiti dikalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual dan ketidaksuburan  sistem reproduksi.

9-AMALAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Elak dari mengambil bahan seperti tembakau, alkohol dan ganja berlebihan kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma.

10-MASALAH LAIN
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

1 comment:

  1. Adakah melancap setiap hari mengakibatkan sperma menjadi lemah?..

    ReplyDelete