Ramai yang tahu akan kepentingan menjaga kulit wajah. namun tidak semua tahu rawatan dan penjagaan wajah yang sempurna. tidak hairan selalu sahaja berlaku tersalah menggunakan produk. Anda perlu ingat, setiap orang mempunyai jenis kulit berbeza untuk produk wajah berbeza. Sekiranya anda mengalami masalah kulit wajah, atasinya segera. Wajah adalah aset utama dalam penampilan.
TIP LELAKI BUJANG
1- Lakukan rawatan dan penjagaan wajah dengan tiga langkah asas iaitu mencuci,menyegar dan melembab. pilih dan guna produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda. Elak menggunakan pencuci jenis buih jika kulit anda kering.
2- Sebaik-baiknya cuci dan bilas wajah anda dengan air bersih 3 kali sehari. Ia bertujuan menanggalkan kotoran dan sel kulit mati yang terlekat dan tersumbat.
3- Anda disarankan juga melakukan proses pengelupasan kulit menggunakan skrup 2 kali seminggu. Proses ini bukan sahaja menanggalkan sel kulit mati tetapi mencerahkan dan melembutkan kulit wajah.
4- Wajah yang dicuci menggunakan air suam dapat menanggalkan kotoran dan membuka pori-pori tersumbat pada kulit agar tidak timbulnya jerawat.
5- Lakukan rawatan facial sekali sebulan (jika berkemampuan) di pusat rawatan wajah untuk memastikan kulit wajah anda sentiasa sihat.
No comments:
Post a Comment