Monday, September 6, 2010

Kemampuan melihat Petanda Maha Pencipta

Dalam masyarakat hari ini, manusia menelusuri Al-Quran dengan cara yang amat berbeza daripada maksud sebenar penurunannya. dalam dunia Islam secara umumnya, sangat sedikit manusia yang benar-benar memahami isi kandungan Al-Quran.

Setengah golongan Muslim hanya menggantung Al-Quran di dinding rumah dengan segala macam bentuk hiasan yang menarik dan ia hanya menjadi bacaan tradisi bagi golongan yang telah berumur. Mereka menganggap bahawa Al-Quran melindungi orang yang membacanya daripada 'nasib buruk dan malapetaka'. berdasarkan kepada kepercayaan khurafat ini, mereka menganggap Al-Quran sebagai sejenis azimat yang mampu menolak bencana.

Ayat-ayat suci Al-Quran, bagaimanapun, telah memaklumkan bahawa tujuan Al-Quran diwahyukan adalah bebas dan jauh daripada tanggapan seumpama ini. sebagai contoh, dalam ayat ke 52 surah Ibrahim, Allah S.W.T berfirman (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah ialah tuhan yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. Dalam banyak ayat, tuhan menekankan bahawa satu dari tujuan besar wahyu Al-quran ialah mengajak manusia untuk memanfaatkan kemampuan berfikir.

Dalam Al-Quran, Allah menyeru manusia menolak untuk menerima kepercayaan dan pelbagai amalan secara membabi buta serta memikirkan akan penyelewengan, pantang larang dan larangan melalui dengan anugerah akal fikiran mereka.

Manusia harus memikirkan akan maksud kewujudannya ke alam dunia serta maksud penciptaan seluruh alam semesta, saat kematian dan alam barzakh. Mereka harus mempersoalkan maksud penciptaannya sendiri dan kewujudan seluruh alam semesta dan bagaimana ia terus wujud. Dalam melakukan hal ini, membebaskan dirinya dari sebarang pantang larang dan sifat prejudis di bawah sedar amatlah penting.

Sewaktu berta'amul, dengan mengalihkan tumpuan fungsi sedarnya dari segala taggungjawab sosial, ideologi, dan psikologi, akhirnya akan difahami bahawa seluruh alam semesta termasuk dirinya sendiri adalah merupakan hasil ciptaan suatu Kuasa yang maha hebat. Bahkan dengan memerhati dirinya sendiri atau benda lain yang wujud di dalam alam, ia akan melihat suatu keseimbangan menarik, suatu perancangan dan hikmah disebalik peranan yang dimainkan dalam keindahan rekabentuknya.

Di titik ini sekali lagi, Al-Quran adalah merupakan panduan manusia. Di dalam Kitab Suci-Nya, Allah S.W.T memandu manusia untuk merenung beberapa isu yang penting untuk difikirkan dan diselidiki. Melalui metode refleksi dan pemusatan akal yang diisyaratkan di dalam Al-quran, golongan beriman akan memahami dengan jelas kesempurnaan, kebijaksanaan, pengetahuan dan kekuasaan yang menjadi manifestasi dalam seluruh ciptaanNya. dengan berlandaskan metode yang telah disebutkan di dalam Al-Quran, mereka tidak dapat tidak, pasti akan menyimpulkan bahawa seluruh alam semesta adalah merupakan tanda-tanda kekuasaan dan kesenian Allah S.W.T dan bahawa alam semesta adalah merupakan sebuah hasil kesenian, bukanlah seniman itu sendiri.  Setiap hasil kesenian mempamerkan kemahiran unik individu yang menciptannya dan sekali gus menyampaikan mesejnya yang tersirat.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T mengajak manusia yang ingin memanfaatkan akal fikiran untuk merenung tentang isu yang sering diperlekehkan atau disingkirkan dengan menggunakan pelbagai macam istilah kosong dan samar seperti 'evolusi', 'kebetulan', atau 'keajaiban' semulajadi'.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (surah Ali-Imran: 190-191) 

No comments:

Post a Comment